Rupa dan gambar pokok kunyit hitam

Kunyit hitam atau kaempferia parviflora merupakan pokok herba yang secara tradiosianalnya tumbuh di Asia Tenggara seperti Thailand, Indonesia dan Malaysia.

Berikut merupakan rupa bentuk atau gambar pokok kunyit hitam.

Kunyit hitam yang sedang mengeluarkan bunga.

Pokok kunyit hitam yang baru tumbuh mudah dikenali dari segi warna merah di tepi daun dan juga tumbuhnya bunga kecil seperti dalam gambar di atas.

Kunyit hitam ini agak unik kerana kita sukar nak tentukan saiz rizom (ubinya / buahnya) melalui saiz daun atau pokok yang kita lihat di atas tanah.

Ada yang nampak pokok besar tapi rizomnya kecil sahaja. Ada pula pokoknya kecil tetapi rizomnya boleh mencapai 1 kg.

Tapak semaian pokok kunyit hitam.
Rizom kunyit hitam

Kunyit hitam memang telah menjadi herba atau tumbuhan yang sangat berharga kerana nilai atau pun khasiat yang terdapat dalam tumbuhan ini.

Anda boleh baca tentang Kelebihan Kunyit Hitam di sini.

Kultur kunyit hitam
Rizom yang dikeringkan untuk diproses.

Untuk menghasilkan produk kesihatan, kunyit hitam biasanya akan dikeringkan dan juga diekstrak untuk mengambil bahan aktif yang penting.

Anda mungkin berminat untuk mengetahuai produk berasaskan kunyit hitam.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Leave a Comment